Skip to main content

Tips Berkongsi Amal Kebaikan Yang Memberi Inspirasi

Kaedah Menulis Amalan Peribadi Tanpa Dilihat Menunjuk-nunjuk Tetapi Memberi Inspirasi 

Apabila saya tulis tentang amalan itu mesti disembunyikan, ramai yang keliru bagaimana untuk berkongsi dengan rakan dan follower di media sosial supaya amalan kita itu dapat ditiru juga. Di samping menjana juga pahala untuk kita apabila orang meniru amalan kita itu.

Ada beberapa cara. Cuma pengecualian diberi kepada amalan bersedekah seperti mana termaktub dalam Surah al-Baqarah ayat 271. 

إِن تُبۡدُوا۟ ٱلصَّدَقَـٰتِ فَنِعِمَّا هِیَۖ وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَاۤءَ فَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۚ وَیُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَیِّـَٔاتِكُمۡۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرࣱ﴿ ٢٧١ ﴾

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. - Surah al-Baqarah ayat 271

Amalan sedekah itu boleh diberitahu kepada orang ramai jika orang ramai dapat sama-sama membantu kerja amal itu. Itu biasa kita baca di wall Cikgu Mohd Fadli Salleh. (Contoh post beliau di gambar)

Walaupun kita lihat beliau terang-terangan berkongsi amal peribadi kerja amal itu, tetapi tujuannya supaya rakan dan follower beliau juga turut menghulurkan bantuan untuk membantu sama melalui pertubuhan NGO Dana Kita. Jadi, ia sesuai dengan ayat Surah al-Baqarah ayat 271.

Bagi saya, cara menulisnya ada beberapa kaedah. Mungkin ada juga cara lain ikut kefahaman masing-masing.

1. Kita berkongsi dalam bentuk cerita orang ketiga cuma wataknya kita tidak reka secara spesifik dari sudut nama, lokasi dan lain-lain. Contohnya kita tulis;

'Ada seseorang yang saya kenali terpaksa menjaga ibunya yang sedang sakit lumpuh. Walaupun rasa penat dia tidak pernah merungut...'

Orang yang saya kenali itu merujuk kepada kita sendiri. Kita memang kenal diri kita.

Orang yang membaca tidak rasa kita menunjuk-nunjuk amal kita itu. Tetapi ada juga orang boleh agak. Walau bagaimanapun terserah kepada cara kita menyampaikannya.

2. Menulis tips dan cara. Sebagai contoh, kita selalu mengajar anak mengaji dan menghafal Al-Quran. Lazimnya kita berkongsi dengan menulis;

'Alhamdulillah, Naufal berjaya hafal Surah al-Naba' selepas berusaha selama 3 hari dengan Ummi...'

Walau bagi sesetengah orang nampak 'okay', tetapi ia mempunyai konotasi menunjuk-nunjuk juga. Kita tukar caranya kepada begini;

Tips Mengajar Anak Menghafal Surah al-Naba' Selama 3 Hari 

1. Sentiasa berusaha baca walaupun di mana sahaja bersama anak sama ada dalam kereta. Di rumah atau di mana-mana.

2. ...

Orang tidak nampak kita mahu menunjuk-nunjuk amal kita tetapi lebih kepada berkongsi tips dan cara.

Tuan puan lihat post saya tentang senarai jenis sedekah bukan wang (lihat gambar). Sebenarnya perbuatan itu biasa kita buat. Cuma kita tidak niatkan ia sebagai sedekah. Saya pun selalu buat. Cuma ketika itu saya sedar dan saya niatkan sebagai sedekah. Maka saya tulis begitu.

Saya tidak tulis seperti ini;

'Hari ini saya berjaya sedekah ruang kereta sewaktu jalan sesak dan sedekahkan masa untuk mendengar masalah kawan.'

3. Menulis cerita fiksyen berdialog sebagai bentuk penerangan. Ia sama seperti nombor 1. Cuma ia lebih kepada dialog. Boleh baca di page saya Cerita Ustaz (gambar)

Menulis perlukan kreativiti sendiri supaya ia lurus bersama ajaran Islam. Supaya kita dapat menjala pahala yang banyak di media sosial melalui perkongsian kita.

Selamat menulis semua!

Bergantung kepada niat masing-masing

Comments

Popular posts from this blog

Madu Quad Madu Tualang Asli

MADU TUALANG adalah Madu yang diambil dari Pokok Tualang, dihasilkan oleh lebah "Apis Dorsata" atau dikenali "Lebah Gergasi". Habitat lebah ini ialah bersarang di tempat yang tinggi. Lebah Tualang adalah spesis lebah madu terbaik, liar, dan terbesar dunia yang hanya hidup di kawasan hutan hujan Khatulistiwa. Sifat "Apis Dorsata" sangat Agresif dan sengatannya boleh membawa maut. Lokasi mendapatkan Madu Tualang adalah di dalam hutan tebal bukit bukau dan gunung ganang. Kajian ke atas lebah Tualang mendapati terdapat spesies bakteria baik (probiotik) lactobacilli yang sangat tinggi! Lactobacillus spp (64.15%), diikuti oleh Lactobacillus kunkeei (34.85%).  Madu TUALANG QUAD DITUAI dari koloni sarang lebah liar Apis Dorsata di kawasan Hutan HUJAN TROPIKA Alam Melayu. KENAPA PERLU PILIH MADU TUALANG QUAD 🍯 100% DIJAMIN ASLI, MENTAH, TANPA CAMPURAN, BERSIH, KUALITI SEJUTA BUNGA. 🍯 Keluaran Bumiputera & Muslim...

Kenali Nabi Dengan Menelusuri Cara Hidup Nabi

Sirah tu adalah perjalanan kehidupan Nabi ﷺ Al Quran lebih kepada modul yang lengkap dengan teori & kaedah. Tapi cara perlaksanaan ramai yang tak faham, jadi pentingnya kita belajar sirah Nabi, sebab sirah Nabi adalah apa gambaran, bagaimana cara kita nak melaksanakan perintah Allah yang terkandung dalam Al Quran.  Sirah Nabi apabila ditanya kepada Aishah Radhiallahuanha, bagaimana akhlak Nabi... maka, Aishah menjawab "akhlak Nabi adalah Al Quran." Mari kita tengok riwayat mencatatkan ;  : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ . “Sesungguhnya akhlak Nabi ﷺitu adalah al-Quran.” (HR Muslim) Jadi, kalau tak belajar sirah Nabi, kita tak akan faham Al Quran.  Antara poin² penting kenapa kena belajar sirah Nabawi adalah : 1) untuk belajar hidup Nabi  ﷺ yang sahih supaya kita tak terikut cerita² yang palsu, yang tak sahih 2) mengikut sunnah Nabi  ﷺ ; cara hidup Nabi  ﷺ  & akhlak Nabi  ﷺ (bag...

Concentrate Mineral Drop | Trace Mineral Drop | CMD

CMD adalah 1 pati mineral asli semulajadi yang mengandungi 72 jenis mineral bagi mengimbangi pH badan yang mana patinya diekstrak dari tasik pergunungan  Great Salt Lake, Utah . Tahukah anda?! UMN menggunakan teknologi penyejatan suria ( sinaran matahari musim panas semulajadi) untuk memekatkan air tasik sambil mengeluarkan 99% natrium (garam) sehingga memenuhi standard kualiti UMN tau!! Iaitu gabungan semua MINERAL TRACE IONIK , menjadikannya ia salah 1 pemakanan mineral yang lengkap secara SEMULAJADI di PASARAN. CMD mengandungi lebih 70 jenis mineral yang penting untuk meningkatkan fungsi badan secara menyeluruh, penyerapan nutrien , penghadaman dan juga urat saraf . Walaupun dalam CMD ada pelbagai jenis mineral, tapi paling best adalah CMD tidak menidakkan keperluan magnesium yang lebih daripada mineral lain. Sebab tu mineral yang tinggi dalam CMD ialah Magnesium iaitu sebanyak 38%. Dan magnesium  penting kerana ia terlibat dalam lebih 300 tindak balas enzim dalam b...