Setiap orang impikan nak kurus betul tak?
Tapi sedar tak kita kurus tu bukan bermakna kita sihat juga. Haa jangan tak tahu, orang berbadan kurus ni ada isu kolesterol yang tinggi.
Bukan tu... Kekadang kita ni makan supplement itu ini, berhabis beratus ringgit... untuk jaga kesihatan, nak turunkan berat. Betul tak salah, sebab kita memang dituntut jaga kesihatan.
Dan punca segala penyakit bermula daripada perut...
Apatah lagi, negara terchinta kita ni memang kaya dengan pelbagai jenis menu makanan... Daripada makanan nusantara sampai la ke timur barat.
Tapi lambakan makanan yang tidak sihat menjadi pilihan utama macam fast food, sudahnya menjemput pelbagai penyakit yang datang.
Jadi, kita perlu sedar bahawa setiap apa yang masuk ke dalam tubuh badan perlu dijaga dan dikawal kerana pemakanan merupakan sumber utama kepada kesihatan.
Jom, titik beratkan apa yang kita makan untuk menjamin kesihatan yang lebih baik.
Jadinya kita kena ubah cara pemakanan kita kepada yang lebih baik in Shaa Allah.
Nak sihat dan BONUSnya Kurus, ada caranya dan Nabi Muhammad SAW pun dah ajar lebih dari 1400 tahun yang lampau. Yakni dengan berpuasa. Ye amalkan puasa sunat. Ada puasa sunat Isnin dan Khamis, ada puasa Nabi Daud (puasa selang sehari), ada puasa sunat putih (antara 13-15 hb mengikut kelenjar Islam)
In Shaa Allah next entry nanti saya share kan manfaat puasa dengan lebih details.
Comments
Post a Comment