Skip to main content

Gigi Jongang : Risiko & Rawatan

Detik-Detik Awal Sebelum Pakai Braces

Mula asalnya tak terpikir pun nak pasang braces ni... 

Pada mula asalnya ke klinik dental UiTM Sg Buloh asbab kerap tergigit bahagian pipi kedua-dua belah. Jadinya selalu la berlakunya ulser dalam mulut. 

Pastu ada jugak gigi susu yang kukuh langsung tak goyang... So tumbuh la gigi kekal di depannya. Maka berlapis la gigi tu jadinya. Maka space dalam mulut tu pun crowded. Tumbuh senget benget buatkan pembersihan gigi pun tak dapat dibersihkan dengan maksimum la asbab space yang crowded tu tadi. 

Lama kelamaan lepas banyak kali temujanji saya dimasukkan ke waiting list untuk pemakaian braces yang saya sendiri tak tahu yang saya ni diletakkan dalam waiting list tu. Saya hanya pergi temujanji untuk isu yang kerap tergigit di bahagian dalam pipi je. 

2021 nama naik, saya pun dipanggil untuk pemeriksaan gigi dengan lebih detail untuk tujuan pemasangan braces. Tapi sayangnya tak dapat bagi komitmen sebab dalam proses recovery akibat slip disc time tu...terhenti la proses tu. 

Tup² dalam bulan 5 2023, doktor dental UiTM call tanya berminat lagi ke nak pasang braces... Kalau still berminat, boleh datang untuk discuss semula. 

Jangan ditanya kenapa lama sangat duduk dalam waiting list ye baru dipanggil sebabnya buat under postgraduate doktor. Tapi okey la jimat banyak daripada buat kat swasta 🤭

So bila pegi appointment tu, doktor pun tanya kenapa nak pakai braces bla²... So saya pun bagitau la benda yang saya concernb ialah bila makan asik tergigit je belah pipi tu then jadi ulser... Pastu doktor tanya main concern nak pakai braces just sebab tergigit ke? Kalau tu je sebabnya depa takkan buat la unless ada  sebab lebih kukuh la macam overjet ke apa overbite ke... 

Kita pulak tak sedar la gigi ni dah jadi overjet yang tahap 2 ke 3 tah dah lupa (maafkan saya naa 🤭😅) 


Ni la gambaran overbite tu. (Gambar sebelah kiri tu overbite. 
Kanan lepas lepas buat rawatan)


Jadinya doktor pun suruh la baring kat atas kerusi khas dental tu kan...doktor check gigi struktur gigi...sambil² cerita, doktor pun buat ukuran kat gigi atas bawah. So bila dah ukur apa semua... Doktor kata gigi kita overbite aka istilah lainnya jongang la. Yang mana kedudukan gigi depan bahagian atas ni gapnya 7mm daripada yang bawah dan banyak la risiko bila gap macam tu. 

Overbite start boleh trace bila gigi belah atas lebih ke hadapan daripada gigi bawah dengan gap 4mm.

So kita punya gap dah 7mm. Doktor bagitau, bila umur makin meningkat, gigi akan makin turun so chances untuk gigi tu makin ke depan. So ada risiko lain bila jongang ni... Gigitan jadi tidak sekata... Yang agak bahaya juga boleh berlaku sleep apnea. 

Bila dengar macam tu... Dengan umur pun makin meningkat, so kita pun decide untuk buat. 

In Shaa Allah next entry nanti kita share step² nya ye. 




Comments

Popular posts from this blog

Madu Quad Madu Tualang Asli

MADU TUALANG adalah Madu yang diambil dari Pokok Tualang, dihasilkan oleh lebah "Apis Dorsata" atau dikenali "Lebah Gergasi". Habitat lebah ini ialah bersarang di tempat yang tinggi. Lebah Tualang adalah spesis lebah madu terbaik, liar, dan terbesar dunia yang hanya hidup di kawasan hutan hujan Khatulistiwa. Sifat "Apis Dorsata" sangat Agresif dan sengatannya boleh membawa maut. Lokasi mendapatkan Madu Tualang adalah di dalam hutan tebal bukit bukau dan gunung ganang. Kajian ke atas lebah Tualang mendapati terdapat spesies bakteria baik (probiotik) lactobacilli yang sangat tinggi! Lactobacillus spp (64.15%), diikuti oleh Lactobacillus kunkeei (34.85%).  Madu TUALANG QUAD DITUAI dari koloni sarang lebah liar Apis Dorsata di kawasan Hutan HUJAN TROPIKA Alam Melayu. KENAPA PERLU PILIH MADU TUALANG QUAD 🍯 100% DIJAMIN ASLI, MENTAH, TANPA CAMPURAN, BERSIH, KUALITI SEJUTA BUNGA. 🍯 Keluaran Bumiputera & Muslim...

Kenali Nabi Dengan Menelusuri Cara Hidup Nabi

Sirah tu adalah perjalanan kehidupan Nabi ﷺ Al Quran lebih kepada modul yang lengkap dengan teori & kaedah. Tapi cara perlaksanaan ramai yang tak faham, jadi pentingnya kita belajar sirah Nabi, sebab sirah Nabi adalah apa gambaran, bagaimana cara kita nak melaksanakan perintah Allah yang terkandung dalam Al Quran.  Sirah Nabi apabila ditanya kepada Aishah Radhiallahuanha, bagaimana akhlak Nabi... maka, Aishah menjawab "akhlak Nabi adalah Al Quran." Mari kita tengok riwayat mencatatkan ;  : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ . “Sesungguhnya akhlak Nabi ﷺitu adalah al-Quran.” (HR Muslim) Jadi, kalau tak belajar sirah Nabi, kita tak akan faham Al Quran.  Antara poin² penting kenapa kena belajar sirah Nabawi adalah : 1) untuk belajar hidup Nabi  ﷺ yang sahih supaya kita tak terikut cerita² yang palsu, yang tak sahih 2) mengikut sunnah Nabi  ﷺ ; cara hidup Nabi  ﷺ  & akhlak Nabi  ﷺ (bag...

Concentrate Mineral Drop | Trace Mineral Drop | CMD

CMD adalah 1 pati mineral asli semulajadi yang mengandungi 72 jenis mineral bagi mengimbangi pH badan yang mana patinya diekstrak dari tasik pergunungan  Great Salt Lake, Utah . Tahukah anda?! UMN menggunakan teknologi penyejatan suria ( sinaran matahari musim panas semulajadi) untuk memekatkan air tasik sambil mengeluarkan 99% natrium (garam) sehingga memenuhi standard kualiti UMN tau!! Iaitu gabungan semua MINERAL TRACE IONIK , menjadikannya ia salah 1 pemakanan mineral yang lengkap secara SEMULAJADI di PASARAN. CMD mengandungi lebih 70 jenis mineral yang penting untuk meningkatkan fungsi badan secara menyeluruh, penyerapan nutrien , penghadaman dan juga urat saraf . Walaupun dalam CMD ada pelbagai jenis mineral, tapi paling best adalah CMD tidak menidakkan keperluan magnesium yang lebih daripada mineral lain. Sebab tu mineral yang tinggi dalam CMD ialah Magnesium iaitu sebanyak 38%. Dan magnesium  penting kerana ia terlibat dalam lebih 300 tindak balas enzim dalam b...