Skip to main content

Kenapa Pakai Braces/Pendakap Gigi : Part 1


Ada banyak sebab kenapa perlu pakai braces @ pendakap gigi. 

Salah satunya faktor gigi jongang. Rawatan braces/pendakap gigi bukan hanya untuk cantik semata-mata, ianya berfungsi untuk mengembalikan fungsi gigi yang lebih selesa. 

Rupa-rupanya makin meningkat usia gigi kita akan makin bergerak ke depan. Jadinya bila mana yang dahulunya mungkin gigi tu tak ketara sangat ke depan... Makin bertambah usia jadi makin kedepan pulak. 

Dan ianya juga boleh mengakibatkan keadaan sleep apnea berlaku tau. 

So time tu doktor akan ambil gambar dari sisi kanan kiri, depan, atas untuk tengok rahang dan tahap keterukkan gigi tu selain ambil x ray. 

Harinya pun tiba...20/6/2023 doktor mula pasang separator kat celah gigi geraham atas & bawah. 


Separator (yang bentuk ring tu) Tebalkan 

Separator macam ring getah kecik je. Even 4 keping je... Tapi ianya cukup buatkan gigi tu sakit dan struggle untuk mengunyah seolah² ada daging yang tersekat tapi tak boleh dikeluarkan. 

Esoknya pula 21/6/2023 , kena datang semula untuk doktor ambil ukuran molar band untuk dipasang pada gigi geraham ujung atas dan bawah sebagai penahan supaya hanya gigi yang sepatutnya je bergerak akan bergerak. Haa lebih kurang macam tu la. 

Hampir terlupa pemasangan separator tu bertujuan supaya ada gap sikit antara gigi geraham ujung dan yang sebelumnya untuk memudahkan proses pemasangan molar band tu nanti. Jadinya memang kena letak separator tu. 

26/6/2023 doktor mula pasang Nance Palatal Arch (NPA) dan juga molar band. 


Nance Palatal Arch (NPA)
(nampak tak yang macam plastik warna merah lutsinar tu,
tu la yang selalu buat sayur tersangkut)



Close up rupa molar band.
Molar band biasanya akan datang sekali dengan NPA ataupun TPA

So sebelum nak pasang molar band tu doktor akan cabut separator tu... Alhamdulillah rasa agak selesa pakai molar band compare separator tu tapi lain pulak yang jadi bila kena pakai dengan NPA sekali. 

Setiap kali nak makan sayur² especially yang panjang macam taugeh, sayur² hijau ni asyik la tersangkut kat NPA tu yang buatkan rasa nak terjeluak nak muntah. 

Fuhhh memang struggle sangat rasa. Dah la hampir seminggu tu struggle nak kunyah disebabkan separator tu. Bila dah boleh sikit² kunyah, tersangkut pulak kat NPA. Tragis rasa. 

Ni pula Transpalatal Arch (TPA) 

Ada beza tau NPA dengan TPA. Ianya bergantung pada tahap keterukan gigi seseorang. In Shaa Allah nanti kita sambung part cabut gigi pulak. 

P/s: Gambar-gambar semuanya ehsan google je tak sempat nak ambil gambar huhuhu.

Korang yang pakai braces cuba share sikit experience masing². Okey korang jumpa next entry 👋😉




Comments

Popular posts from this blog

Madu Quad Madu Tualang Asli

MADU TUALANG adalah Madu yang diambil dari Pokok Tualang, dihasilkan oleh lebah "Apis Dorsata" atau dikenali "Lebah Gergasi". Habitat lebah ini ialah bersarang di tempat yang tinggi. Lebah Tualang adalah spesis lebah madu terbaik, liar, dan terbesar dunia yang hanya hidup di kawasan hutan hujan Khatulistiwa. Sifat "Apis Dorsata" sangat Agresif dan sengatannya boleh membawa maut. Lokasi mendapatkan Madu Tualang adalah di dalam hutan tebal bukit bukau dan gunung ganang. Kajian ke atas lebah Tualang mendapati terdapat spesies bakteria baik (probiotik) lactobacilli yang sangat tinggi! Lactobacillus spp (64.15%), diikuti oleh Lactobacillus kunkeei (34.85%).  Madu TUALANG QUAD DITUAI dari koloni sarang lebah liar Apis Dorsata di kawasan Hutan HUJAN TROPIKA Alam Melayu. KENAPA PERLU PILIH MADU TUALANG QUAD 🍯 100% DIJAMIN ASLI, MENTAH, TANPA CAMPURAN, BERSIH, KUALITI SEJUTA BUNGA. 🍯 Keluaran Bumiputera & Muslim...

Kenali Nabi Dengan Menelusuri Cara Hidup Nabi

Sirah tu adalah perjalanan kehidupan Nabi ﷺ Al Quran lebih kepada modul yang lengkap dengan teori & kaedah. Tapi cara perlaksanaan ramai yang tak faham, jadi pentingnya kita belajar sirah Nabi, sebab sirah Nabi adalah apa gambaran, bagaimana cara kita nak melaksanakan perintah Allah yang terkandung dalam Al Quran.  Sirah Nabi apabila ditanya kepada Aishah Radhiallahuanha, bagaimana akhlak Nabi... maka, Aishah menjawab "akhlak Nabi adalah Al Quran." Mari kita tengok riwayat mencatatkan ;  : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ . “Sesungguhnya akhlak Nabi ﷺitu adalah al-Quran.” (HR Muslim) Jadi, kalau tak belajar sirah Nabi, kita tak akan faham Al Quran.  Antara poin² penting kenapa kena belajar sirah Nabawi adalah : 1) untuk belajar hidup Nabi  ﷺ yang sahih supaya kita tak terikut cerita² yang palsu, yang tak sahih 2) mengikut sunnah Nabi  ﷺ ; cara hidup Nabi  ﷺ  & akhlak Nabi  ﷺ (bag...

Concentrate Mineral Drop | Trace Mineral Drop | CMD

CMD adalah 1 pati mineral asli semulajadi yang mengandungi 72 jenis mineral bagi mengimbangi pH badan yang mana patinya diekstrak dari tasik pergunungan  Great Salt Lake, Utah . Tahukah anda?! UMN menggunakan teknologi penyejatan suria ( sinaran matahari musim panas semulajadi) untuk memekatkan air tasik sambil mengeluarkan 99% natrium (garam) sehingga memenuhi standard kualiti UMN tau!! Iaitu gabungan semua MINERAL TRACE IONIK , menjadikannya ia salah 1 pemakanan mineral yang lengkap secara SEMULAJADI di PASARAN. CMD mengandungi lebih 70 jenis mineral yang penting untuk meningkatkan fungsi badan secara menyeluruh, penyerapan nutrien , penghadaman dan juga urat saraf . Walaupun dalam CMD ada pelbagai jenis mineral, tapi paling best adalah CMD tidak menidakkan keperluan magnesium yang lebih daripada mineral lain. Sebab tu mineral yang tinggi dalam CMD ialah Magnesium iaitu sebanyak 38%. Dan magnesium  penting kerana ia terlibat dalam lebih 300 tindak balas enzim dalam b...