Skip to main content

Cabut Gigi Braces Journey : Part 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni nak sambung pulak pasal cabut gigi sebelum nak pasang braces. 

Kenapa ek kena cabut gigi kalau tak cabut tak boleh ke... Haa tu la yang dok berlegar² di pikiran bila doktor bagitau kena cabut 4 batang gigi huhuhu. 

Dan benda yang paling menyakitkan adalah ketika mencabut gigi yang mana gigi tu tak rosak apa... Goyang pun tidak sihat walafiat je dia... Tapi apakan daya jodoh tak panjang ehh. 

Tapi bila mana isu ruang gigi crowded jadi jalannya memang kena cabut sebab nanti once dah pakai braces gigi yang lain tak boleh nak bergerak. 


Hari yang di nanti-nanti pun tiba... 3/7/2023 kena cabut gigi 2 batang terus okeyyy sebelah kanan atas dan bawah. 

Maka bermula la episod makan bubur ya... Actually time pakai separator tu lagi dah start makan yang lembut² je sebab struggle nak kunyah. 

Lepas seminggu cabut gigi sebelah kanan, tiba la pula kena cabut gigi sebelah kiri atas dan bawah yakni pada tarikh 10/7/2023.

Doktor dah bagi date sesiap lepas cabut nak pasang braces dah. 

So 12/7/2023 tu date untuk pasang braces. So far okey la takde sakit sangat time pasang tu tapi disebabkan tempat gigi baru dicabut (10/7/2023) tu belum surut bengkak so agak sakit la jugak. Selebihnya rasa tegang je. 

Disebabkan itu berterusan la makan bubur lagi sampai 5 bulan lamanya. (Bermula daripada pemasangan separator) 

Haa macam tu la pulak kisah cabut giginya. 

Tapi kisah cabut gigi tak habis takat situ ye. Dalam tempoh pemakaian braces tu pun still kena cabut jugak la iaitu gigi geraham bongsu yang tumbuh senget. Atas bawah ye kena cabut. Ohhh gigiku. Sampai bengkak muka macam kena sengat tebuan huhuhu. 

Apa pengalaman korang time gigi kena cabut? 

In Shaa Allah next entry kita cite² rutin bulanan pemeriksaan dalam proses braces tu pulak ye. 

Comments

Popular posts from this blog

Madu Quad Madu Tualang Asli

MADU TUALANG adalah Madu yang diambil dari Pokok Tualang, dihasilkan oleh lebah "Apis Dorsata" atau dikenali "Lebah Gergasi". Habitat lebah ini ialah bersarang di tempat yang tinggi. Lebah Tualang adalah spesis lebah madu terbaik, liar, dan terbesar dunia yang hanya hidup di kawasan hutan hujan Khatulistiwa. Sifat "Apis Dorsata" sangat Agresif dan sengatannya boleh membawa maut. Lokasi mendapatkan Madu Tualang adalah di dalam hutan tebal bukit bukau dan gunung ganang. Kajian ke atas lebah Tualang mendapati terdapat spesies bakteria baik (probiotik) lactobacilli yang sangat tinggi! Lactobacillus spp (64.15%), diikuti oleh Lactobacillus kunkeei (34.85%).  Madu TUALANG QUAD DITUAI dari koloni sarang lebah liar Apis Dorsata di kawasan Hutan HUJAN TROPIKA Alam Melayu. KENAPA PERLU PILIH MADU TUALANG QUAD 🍯 100% DIJAMIN ASLI, MENTAH, TANPA CAMPURAN, BERSIH, KUALITI SEJUTA BUNGA. 🍯 Keluaran Bumiputera & Muslim...

Kenali Nabi Dengan Menelusuri Cara Hidup Nabi

Sirah tu adalah perjalanan kehidupan Nabi ﷺ Al Quran lebih kepada modul yang lengkap dengan teori & kaedah. Tapi cara perlaksanaan ramai yang tak faham, jadi pentingnya kita belajar sirah Nabi, sebab sirah Nabi adalah apa gambaran, bagaimana cara kita nak melaksanakan perintah Allah yang terkandung dalam Al Quran.  Sirah Nabi apabila ditanya kepada Aishah Radhiallahuanha, bagaimana akhlak Nabi... maka, Aishah menjawab "akhlak Nabi adalah Al Quran." Mari kita tengok riwayat mencatatkan ;  : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ . “Sesungguhnya akhlak Nabi ﷺitu adalah al-Quran.” (HR Muslim) Jadi, kalau tak belajar sirah Nabi, kita tak akan faham Al Quran.  Antara poin² penting kenapa kena belajar sirah Nabawi adalah : 1) untuk belajar hidup Nabi  ﷺ yang sahih supaya kita tak terikut cerita² yang palsu, yang tak sahih 2) mengikut sunnah Nabi  ﷺ ; cara hidup Nabi  ﷺ  & akhlak Nabi  ﷺ (bag...

Concentrate Mineral Drop | Trace Mineral Drop | CMD

CMD adalah 1 pati mineral asli semulajadi yang mengandungi 72 jenis mineral bagi mengimbangi pH badan yang mana patinya diekstrak dari tasik pergunungan  Great Salt Lake, Utah . Tahukah anda?! UMN menggunakan teknologi penyejatan suria ( sinaran matahari musim panas semulajadi) untuk memekatkan air tasik sambil mengeluarkan 99% natrium (garam) sehingga memenuhi standard kualiti UMN tau!! Iaitu gabungan semua MINERAL TRACE IONIK , menjadikannya ia salah 1 pemakanan mineral yang lengkap secara SEMULAJADI di PASARAN. CMD mengandungi lebih 70 jenis mineral yang penting untuk meningkatkan fungsi badan secara menyeluruh, penyerapan nutrien , penghadaman dan juga urat saraf . Walaupun dalam CMD ada pelbagai jenis mineral, tapi paling best adalah CMD tidak menidakkan keperluan magnesium yang lebih daripada mineral lain. Sebab tu mineral yang tinggi dalam CMD ialah Magnesium iaitu sebanyak 38%. Dan magnesium  penting kerana ia terlibat dalam lebih 300 tindak balas enzim dalam b...