Saya sendiri melalui pelbagai episod kesihatan... Rentetan tu saya, Allah ilhamkan serta rezekikan untuk mencari dan belajar ilmu kesihatan alternatif untuk tidak bergantung dengan ubat hospital semata الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Ramai yang tak aware...
Sakit Lutut, Period Kacau, Perut Buncit dll... Semua ni ada satu PUNCA yang ramai tak sedar
Ianya BUKAN sebab UMUR.
BUKAN juga sebab BERAT.
BUKAN juga sebab STRESS SEMATA-MATA
Tapi sebab SATU benda yang kita pandang ringan... RADANG SENYAP (chronic inflammation).
Ramai tak tahu, radang ni bukan macam bengkak lepas jatuh.
Ini radang yang tak nampak. Ia berlaku dalam salur darah, organ, usus, otak dan ianya berlaku setiap hari!
Mostly disebabkan oleh pemakanan pro inflamasi - tinggi gula, tepung, dan terutama sekali;
Minyak Seed Oil (soya, jagung, bunga matahari, canola) - yang banyak digunakan dalam industri makanan proses dan fast food chain terkemuka macam McD, KFC, Burger King dan lain lain.
Apa KESAN RADANG SENYAP?
- Mood swing
- Sakit sendi walaupun still muda
- Hormon jadi kacau bilau (haid tak menentu)
- Perut makin boolatt
- Kolesterol naik
- Badan rasa letih lesu even dah cukup rehat
- Otak tak fokus, cepat lupa
- Berat tak turun walau dah kurangkan makan
Dan paling pelik – ubat darah tinggi, ubat hormon, ubat sakit lutut – semua dah makan.
Tapi makin jumpa doktor, makin banyak ubat.
KENAPA?
Sebab radang punca sebenar tak di tackle dengan baik.
Dulu orang guna minyak kelapa, palm oil, minyak sapi – tak ada masalah.
Sekarang,
Makan kononnya “minyak sayur sihat”, tapi 90% minyak tu ialah hasil kilang; diproses dengan haba tinggi, pelarut kimia, dan tinggi omega-6.
Omega-6 ni memang perlu, tapi bila berlebihan...ia jadi bahan api untuk radang.
Nak sihat balik?
- Kena mula dari minyak, juga elakkan minyak yang diulang pakai lebih 2x
- Kena faham apa masuk dalam mulut.
- Kena kenal punca radang - gula, tepung dsb
- Say NO to ultra process and fast food
Kalau kita tak putuskan rantaian radang, badan kita sentiasa menjerit sampailah sakit ‘official’ datang menyapa... Jadinya asbab sakit yang tak kunjung reda tu
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ saya mula mendalami ilmu² kesihatan...even saya sebahagian daripada medikal team (dulu saya penah bekerja sebagai MLT) sekarang baru saya lebih faham bahawa tonsils, adenoid, limpa & apendiks adalah sebahagian dari sistem imun. Bila ia bengkak tanda ia sedang “berperang” dan “minta bantuan”
Untuk renungan bersama.
Simptom vs isu sebenar pada punca penyakit... Jom kita semak sesama. Adakah ini simptom atau penyakit sebenar?
• Histamine intolerance / angin
• Kembung & sebu
• Sembelit
• Anxiety & panic attack
• Gula tinggi
• BP tinggi
• Radang kulit, ekzema, jerawat dewasa & bisul
• Kolestrol tinggi
• Hormone imbalance
Dan harus diketahui ya 🔥Keradangan Punca Segala Penyakit🔥
“Urus radang & majoriti atau semua penyakit akan diurus”
Data dari pusat kajian mikrobiologi, menunjukkan lebih jelas bagaimana “Keradangan” yang tidak diurus boleh jadi akar kepada majoriti jika pun bukan semua penyakit.
Bagi yang ingin ikhtiar reverse kesihatan secara alami atau holistik, sangat penting untuk faham kemampuan radang merebak dalam tubuh yang lemah.
Radang umpama api yang sedang membakar rumah, asalnya cuma mekanisma normal dalam tubuh badan untuk urus jangkitan atau seumpamanya.
It starts small and safe 🔥
Dan jika on time bantuan sampai (healthy immune system ) radang akan dipadam tepat waktu. Namun, bila immune system agak kecelaruan & kekeliruan, maka radang tadi terus membara.
Tidak dipadamkan.
Penah dengar pepatah, api tika kecil jadi kawan, bila makin besar ia jadi LAWAN
Boleh bayangkan ibaratnya macam ni?
Bila api kecil masih kawan, kita boleh guna untuk masak-masak.
Tapi...
Bila api tadi makin besar dan mula tangkap langsir, sofa dan perabot dalam rumah - slowly kerosakan terjadi.
Macam tu juga tubuh kita, slowly satu persatu organ kita jadi mangsa.
Antara tanda radang yang biasa dan sering diabai :-
🔺Sakit kepala
🔺Sakit belakang
🔺Insomnia
🔺Lesu & letih
Dan..
Pencetus kepada keradangan yang kronik bila “normal habits” ini dibiarkan tanpa diurus 🥹
🔥Tahan buang air kecil
🔥Sakit perut
🔥Batuk-batuk berpanjangan
🔥Tekanan = Stress
Badan kita diciptakan pandai atau cerdik untuk urus penyakit, tetapi jadi haywire bila tahap longgokan “kotoran” atau toksin yang tersimpan dalam tubuh kita sampai timbulnya kekacauan.
Jadinya bila kecekapan sistem imun tidak dapat bertindak dengan sepatutnya, macam mana ia nak uruskan keradangan yang dah bersarang?
Kena ingat ya sahabat semua...
Nak urus radang, nak urus penyakit perkara utama yang kita kena buat adalah baiki kecekapan sistem imun.
Antara salah faham orang ramai adalah, cukup dengan baik pulih gut health.
Baik pulih gut health adalah permulaan yang baik namun adakala belum cukup untuk clear radang kronik.
Dan tiada jalan pintas untuk sihat.
Kotoran yang bersembunyi dan lama bersarang dalam badan harus disingkirkan.
“Tua tidak semestinya sakit, berpenyakit tidak semestinya tua”
Jadinya sebagai langkah permulaan ada 4 aktiviti yang boleh kita buat dan ianya dapat bantu urus keradangan secara FOC :
1) Berjalan
2) Berjemur
3) Berkaki ayam
4) Tidur berkualiti.
Kemudian sokong dengan pemakanan padat nutrisi, lengkapkan keperluan sel yakni garam mineral & elak pemakanan junk food.
💚 This is the holistic way 💚
In Shaa Allah next entry saya akan share pulak lebih detail tentang 4 aktiviti dalam mengurus keradangan in Shaa Allah. Moga Allah sentiasa kurniakan aafiyah Nya buat kita semua.



Comments
Post a Comment