FUNGSI ZAT MINERAL
Concentrate Mineral Drop (CMD)
CMD ni pati mineral. Bila sebut pati, maknanya ianya pekat. Dari segi kimia, kita katakan bilangan zarah per unit isipadunya tinggi. Dalam CMD ni ada 72 jenis mineral dan setiap satunya ada fungsi tersendiri.
Salah satu fungsi CMD ni adalah untuk membekalkan mineral yang kita tak cukup atau tak ada. Sebenarnya, dalam apa yang kita makan dan minum setiap hari juga dah ada mineral dah...cumanya sama ada mineralnya LENGKAP atau tidak sahaja. CUKUP atau tidak sahaja untuk keperluan badan kita.
Jadi dalam bahasa mudahnya CMD ni bukan tujuan untuk merawat sebab CMD ni bukan ubat. Kita ambil CMD ni untuk MENCUKUPKAN keperluan MAGNESIUM DAN MINERAL dalam BADAN setiap hari sebab badan manusia tak dapat hasilkan garam mineral terutamanya
Magnesium.
Tahu tak?!
Jumlah mineral Magnesium paling banyak ditemui di organ jantung kita berbanding organ-organ lain. Kandungan mineral tertinggi dalam CMD pula adalah magnesium iaitu sebanyak 11900mg per 100ml.
Dan RAMAI PANDANG REMEH KEPENTINGAN MINERAL BERBANDING VITAMIN
Sedar tak badan manusia hanya perlukan 2% Vitamin berbanding mineral iaitu sebanyak 5%!!!!
Kepentingan MINERAL kepada manusia boleh diibaratkan seperti pentingnya tanah bagi sepohon pokok.
Sebagaimana kita ketahui bahawa tanah yang tidak subur menghasilkan sepohon pokok yang layu dan membantutkan tumbesaran pohon tersebut. Sama jugalah keadaannya bagi sel tubuh badan manusia terutamanya sel darah. Sel darah yang kekurangan bahan mineral akan menghasilkan tubuh yang lemah dan cenderung untuk dapat pelbagai penyakit.
Sebagaimana keperluan pokok-pokok untuk mendapat air dan baja yang mencukupi agar ianya dapat membesar dengan baik dan menghasilkan buah yang banyak lagi berkualiti begitu juga dengan keperluan tubuh juga bergantung kepada mineral. Maka, cara terbaik untuk memulihkan seorang manusia tentulah dengan mengembalikan semula semua garam mineral yang diperlukan oleh tubuh.
TANPA MINERAL
👉 Vitamin tidak dapat diserap dengan baik
👉 Sistem pertahanan badan lemah (imunisasi badan)
👉 Penyakit lambat sembuh
👉 Kadar metabolisme rendah
👉 Pertumbuhan diri/janin terbantut
👉 Hormon tidak berfungsi dengan baik
Benarlah statement Dr Linus Pauling (pemenang 2 kali Anugerah Nobel), yang mana beliau bagitahu "Kebanyakan penyakit bermula daripada kekurangan mineral".
Sebab mineral ni keperluan paling basic untuk badan kita. Ambillah macam-macam vitamin pun kalau mineral tak cukup, badan tak dapat serap vitamin tu dengan sempurna.
Kekadang kita tertanya-tanya kan...
"Saya dah ambil macam-macam vitamin, tapi macam tak berkesan pun macam takde improvement daripada sudut kesihatan saya. Perlu tak ambil mineral kalau dah ambil vitamin ye?"
Sebenarnya antara MINERAL dan VITAMIN, mineral lebih asas (fundamental), namun dua-dua penting dan saling bergantung. Cuma dari sudut keutamaan biologi, tubuh manusia tak boleh dapat manfaatkan vitamin dengan baik tanpa mineral.
Ni perkara UTAMA yang kita perlu FAHAMI!
Mineral → asas dan pengaktif
Vitamin → penyokong dan pelancar proses
Bila kekurangan mineral, vitamin yang kita makan pun tak dapat berfungsi secara optimum. Sebab tu, ramai pakar kesihatan cadangkan cukupkan mineral dahulu, barulah vitamin dapat bekerja sepenuhnya. Mineral adalah pembentuk asas badan. Bila cukup mineral, slowly badan pun recover secara sendiri.
Mineral seperti kalsium, magnesium, zink, besi adalah bahan binaan sel, tulang, darah, hormon, dan enzim. Vitamin pula lebih kepada “pemangkin” yang membantu proses biokimia tapi mineral ialah bahan binaan itu sendiri.
Mineral aktifkan vitamin dan enzim. Banyak vitamin perlukan mineral untuk berfungsi. Antaranya:
✅ Vitamin D perlukan magnesium untuk diaktifkan.
✅ Vitamin B12 perlukan kobalt (mineral) dalam strukturnya.
✅ Antioksidan seperti glutathione perlukan selenium.
Dan kita perlu KETAHUI dan INGAT yang mana tubuh manusia tak boleh hasilkan mineral. Semua mineral mesti datang dari makanan/minuman.
Vitamin tertentu boleh dihasilkan badan (contoh: vitamin D dari cahaya matahari, vitamin K oleh bakteria usus), tapi tidak mineral.
Jadinya, kita perlu utamakan bagi mencukupkan dulu keperluan mineral lebih dahulu sebelum vitamin ya.
Kesimpulannya mineral adalah KEPERLUAN. Ianya sumber makanan kepada sel-sel tubuh badan manusia. Pastikan JANGAN lupa beri badan mineral setiap hari.
Macam mana nak dapatkan dan cukupkan keperluan mineral kita setiap hari? Tak mampu pulak nak telan pil suplemen memacam (zink dll). Jadinya saya pilih untuk amalkan CMD je lebih mudah.Ramai yang salah faham, bila kita highlight kesan baik yang kita dapatkan lepas amalkan CMD, dan ramai yang salah faham sangkakan CMD ni suplemen.
CMD BUKAN SUPLEMEN TAPI KEPERLUAN SEL
CMD ni pati mineral yang mana ianya keperluan makanan untuk sel badan kita. Berbeza dengan suplemen. Bila mana kita sebut suplemen ianya adalah makanan tambahan. Maka ianya adalah pilihan. Ada masa kita perlu ambil ada masa kita tak ambil bila mana kita dah banyak makan buah contohnya...jadi dah tak perlu ambil vitamin c untuk hari tersebut. Tapi beza dengan mineral. Kita perlu cukupkan keperluan sel kita setiap hari.
Dan paling menyedihkan kekadang kita ambil multivitamin bagi tujuan kesihatan kita tapi kita abaikan mineral. Bila mana mineral tak mencukupi, vitamin pun takkan dapat diserap dengan baik. Jadi macam mana kita nak dapat manfaat daripada vitamin-vitamin yang kita ambil?
Pernah perasan tak benda ni?
Jom kita check apa ciri-ciri yang memerlukan magnesium; (ni hanya sebahagian kecil tanda-tandanya)
Mineral yang paling tubuh kita perlukan adalah MAGNESIUM!
Sebab badan kita tak boleh hasilkan mineral sendiri especially Magnesium yang mana lebih 300 proses biologi dan reaksi enzim dalam badan kita perlukan magnesium untuk berfungsi dengan baik. Dan berita baiknya dalam CMD kita 38% kandungannya adalah magnesium.
Tahu tak Magnesium pun ada banyak jenis?
MAGNESIUM memang penting sangat diambil setiap hari. Secara dalaman atau luaran.
Tapi mampukah kita nak keluarkan belanja beli semuanya secara berasingan?
nak sapu luaran, guna magnesium lotion.
nak telan, beli yang magnesium kapsul (ada banyak jenis macam sulfate, chloride, citrate, glycinate dll)
nak urut, pakai magnesium oil.
nak rendam, larutkan magnesium flakes.
nak pakai kat celah-celah sendi, kena beli yang roll
Adeh, semua sekali kalau beli, nak dekat RM300 jugaklah 1 set silap-silap lebih RM300. Ada bajet lebih, ok lagi. Tapi bila mana duit cukup-cukup je? Itu baru Magnesium je tau.
Belum termasuk mineral lain dan vitamin lain lagi. Nak jaga kesihatan memang memerlukan kos sebab pemakanan, persekitaran kita sekarang terdedah dengan bahan-bahan tercemar.
Jadinya macam mana nak cukupkan keperluan mineral yang badan kita perlukan setiap hari?
Dalam CMD bukan takat ada magnesium je tau. Ada Zinc, Iron, Selenium, Potassium, Kalsium dan mineral-mineral penting yang lain juga. Ada 72 mineral surih dalam CMD ni.
Daripada 1 botol CMD tu kita boleh buat minum, buat sapu, kita urut, kita rendam kaki serta seluruh badan dan sebagainya.
Jimat sesangat dah. Sebotol CMD ni boleh tahan 1~2 bulan (bergantung kepada penggunaan)
Memang boleh rasa kesan yang berbeza bila ambil suplemen dengan pati mineral compare tak ambil pati mineral (CMD) ni tadi . Selama ni banyak makan supplemen mahal, tapi tak rasa kesan sangat, tak dapat hasil yang sepatutnya sebab ramai dikalangan kita yang tidak tahu...tak sedar tanpa kehadiran garam dan mineral, vitamin dan suplemen tidak akan dapat diserap nutrisinya oleh tubuh badan kita. Rugi kan.
Dan kebanyakan isu-isu kesihatan yang kita alami berpunca akibat kekurangan magnesium dan mineral. Jadinya jangan ambil mudah kekurangan mineral.
Maka, pentingnya kita cakna keperluan tubuh badan kita dan ambil apa-apa yang diperlukan oleh tubuh dengan ilmu. Barulah dapat hasil yang memberansangkan dan tak rugi
CMD pati mineral yang mengandungi 72+ mineral dan ianya bersumberkan alam semulajadi. Boleh diberikan pada seisi keluarga di rumah, dari yang kecil hingga warga emas in Shaa Allah bermanfaat.
Comments
Post a Comment