Skip to main content

Kepentingan Vitamin D

KURANG VITAMIN D?

Pernah tak dengar tentang kajian mengenai rakyat Malaysia kekurangan Vitamin D?

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal National Institutes of Health (NIH) pada tahun 2022 menjelaskan bahawa masalah kekurangan vitamin D banyak dialami oleh golongan wanita, kaum India dan mereka yang beretnik Melayu (hingga 70% wanita Malaysia kurang vitamin D)

Ramai yang mungkin tahu Vitamin D adalah percuma bila kita buat aktiviti luar yang mededahkan kita kepada cahaya matahari yang mana vitamin D ini penting untuk kesihatan tulang.

Walau bagaimanapun, Vitamin D berfungsi lebih daripada itu. Vitamin D adalah berguna untuk seluruh badan, daripada untuk menguatkan sistem imun sehingga mengawal pertumbuhan sel.



Vitamin D boleh diperolehi dengan mudah melalui pendedahan cahaya matahari.

Ya, kita boleh dapat Vitamin D ni secara PERCUMA je, tapi....

Cumanya masyarakat Malaysia hari ni banyak berada dalam bangunan, Jadinya tak terdedah secara langsung dengan cahaya matahari. Pergi kerja sebelum matahari terbit, balik kerja matahari dah pun terbenam. Tak terkecuali yang stay di rumah seperti apartmen. Lfestyle banyak dalam bangunan.

Maka ia menghadkan penghasilan Vitamin D. Semakin meningkat usia, keupayaan badan kita untuk membuat Vitamin D akan berkurangan.

Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tubuh manusia. Berikut ialah beberapa kepentingan utama vitamin D:

1. Membantu penyerapan kalsium dan fosforus

Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dalam usus, yang penting untuk pembentukan dan pemeliharaan tulang serta gigi yang kuat.

2. Mencegah penyakit tulang

Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit seperti riket (pada kanak-kanak) dan osteomalasia atau osteoporosis (pada orang dewasa).

3. Menyokong sistem imun

Vitamin D membantu meningkatkan tindak balas imun, menjadikan tubuh lebih tahan terhadap jangkitan seperti selesema dll.

4. Meningkatkan kesihatan mental

Tahap vitamin D yang mencukupi dikaitkan dengan pengurangan risiko kemurungan dan gangguan mood.

5. Mengurangkan risiko penyakit kronik

Beberapa kajian menunjukkan vitamin D berpotensi membantu mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, dan beberapa jenis kanser.

6. Menyokong kesihatan otot

Vitamin D penting untuk fungsi otot yang normal dan boleh mengurangkan risiko jatuh pada warga emas


 TANDA-TANDA KURANG VITAMIN D 

⚠️ Selalu jatuh sakit (ketahanan tubuh lemah)

⚠️ Tulang rapuh (mudah patah)

⚠️ Sakit tulang

⚠️ Murung dan stress

⚠️ Sakit badan

⚠️ Rambut gugur

⚠️ Sakit belakang

⚠️ Luka lambat sembuh

⚠️ Badan lesu tidak bertenaga

Vitamin D bersama dengan kalsium memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi yang sihat.

Pengambilan vitamin D yang mencukupi setiap hari adalah penting untuk mengelakkan komplikasi kekurangan vitamin D.

Jadi macam mana nak optimumkan kita dapat vitamin D? Amalkan pati mineral Hydro D, lengkap magnesium + vitamin D

Dalam Hydro D ni ada :

MAGNESIUM

✅ ZINC

✅ VITAMIN D

3 ni memang penting untuk imun sistem dan dibantu dengan 70 jenis mineral lain dalam botol yang sama.

Jadinya kandungan Aktif yang terdapat dalam Hydro D adalah:

- Concentrace Mineral Drops -

Mineral kompleks yang seimbang. Mengandungi lebih 72 mineral ionik, diperolehi daripada Tasik Great Salt, Utah.

- Vitamin D -

Setiap titis Hydro D membekalkan 167 iu Vitamin D. Maka apabila 40 titis, ia membekalkan 60mg Vitamin D untuk anda setiap hari.

Cara Pengambilan :-

Kanak-kanak @ Remaja : 1 titis bagi setiap 2 kg berat badan.

Dewasa : 40 titis (10 titis pagi, 10 titis tengahari, 10 titis petang dan

10 titis malam). 

Sebaiknya diambil selepas makan. Boleh campurkan ke dalam segala jenis minuman sejuk. Jangan guna air panas. Ini dikhuatiri akan kehilangan khasiat vitamin D.

Andai ada bajet lebih, boleh tambah lagi dengan Vitamin C. Cukup pakej untuk boost lagi immune system in Shaa Allah ❤️

Comments

Popular posts from this blog

Madu Quad Madu Tualang Asli

MADU TUALANG adalah Madu yang diambil dari Pokok Tualang, dihasilkan oleh lebah "Apis Dorsata" atau dikenali "Lebah Gergasi". Habitat lebah ini ialah bersarang di tempat yang tinggi. Lebah Tualang adalah spesis lebah madu terbaik, liar, dan terbesar dunia yang hanya hidup di kawasan hutan hujan Khatulistiwa. Sifat "Apis Dorsata" sangat Agresif dan sengatannya boleh membawa maut. Lokasi mendapatkan Madu Tualang adalah di dalam hutan tebal bukit bukau dan gunung ganang. Kajian ke atas lebah Tualang mendapati terdapat spesies bakteria baik (probiotik) lactobacilli yang sangat tinggi! Lactobacillus spp (64.15%), diikuti oleh Lactobacillus kunkeei (34.85%).  Madu TUALANG QUAD DITUAI dari koloni sarang lebah liar Apis Dorsata di kawasan Hutan HUJAN TROPIKA Alam Melayu. KENAPA PERLU PILIH MADU TUALANG QUAD 🍯 100% DIJAMIN ASLI, MENTAH, TANPA CAMPURAN, BERSIH, KUALITI SEJUTA BUNGA. 🍯 Keluaran Bumiputera & Muslim...

Kenali Nabi Dengan Menelusuri Cara Hidup Nabi

Sirah tu adalah perjalanan kehidupan Nabi ﷺ Al Quran lebih kepada modul yang lengkap dengan teori & kaedah. Tapi cara perlaksanaan ramai yang tak faham, jadi pentingnya kita belajar sirah Nabi, sebab sirah Nabi adalah apa gambaran, bagaimana cara kita nak melaksanakan perintah Allah yang terkandung dalam Al Quran.  Sirah Nabi apabila ditanya kepada Aishah Radhiallahuanha, bagaimana akhlak Nabi... maka, Aishah menjawab "akhlak Nabi adalah Al Quran." Mari kita tengok riwayat mencatatkan ;  : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ . “Sesungguhnya akhlak Nabi ﷺitu adalah al-Quran.” (HR Muslim) Jadi, kalau tak belajar sirah Nabi, kita tak akan faham Al Quran.  Antara poin² penting kenapa kena belajar sirah Nabawi adalah : 1) untuk belajar hidup Nabi  ﷺ yang sahih supaya kita tak terikut cerita² yang palsu, yang tak sahih 2) mengikut sunnah Nabi  ﷺ ; cara hidup Nabi  ﷺ  & akhlak Nabi  ﷺ (bag...

Concentrate Mineral Drop | Trace Mineral Drop | CMD

CMD adalah 1 pati mineral asli semulajadi yang mengandungi 72 jenis mineral bagi mengimbangi pH badan yang mana patinya diekstrak dari tasik pergunungan  Great Salt Lake, Utah . Tahukah anda?! UMN menggunakan teknologi penyejatan suria ( sinaran matahari musim panas semulajadi) untuk memekatkan air tasik sambil mengeluarkan 99% natrium (garam) sehingga memenuhi standard kualiti UMN tau!! Iaitu gabungan semua MINERAL TRACE IONIK , menjadikannya ia salah 1 pemakanan mineral yang lengkap secara SEMULAJADI di PASARAN. CMD mengandungi lebih 70 jenis mineral yang penting untuk meningkatkan fungsi badan secara menyeluruh, penyerapan nutrien , penghadaman dan juga urat saraf . Walaupun dalam CMD ada pelbagai jenis mineral, tapi paling best adalah CMD tidak menidakkan keperluan magnesium yang lebih daripada mineral lain. Sebab tu mineral yang tinggi dalam CMD ialah Magnesium iaitu sebanyak 38%. Dan magnesium  penting kerana ia terlibat dalam lebih 300 tindak balas enzim dalam b...