Cerita pasal Daun Harimau Beranak (DHB) ni asalnya saya cuba beli dan minum untuk isu badan letih lesu. Qadarullah saya keguguran sakitnya subhanallah berhari-hari melayan contraction. Sampai la saya terbaca posting kak Mastura Rashid pasal DHB bagus untuk orang keguguran, dalam pantang... Dok cari-cari ada la 5 helai lagi baki yang saya beli 2 tahun sebelumnya tu.
Alhamdulillah memang rasa la perbezaannya. Tu yang buatkan saya nak kongsi pasal miracle leaf ni.
Okey jom kita baca sikit perkongsian kak Mastura Rashid ni. Saya dah compile untuk mudah kita fahami apa sebenarnya Daun Harimau Beranak ni, apa manfaatnya? Ada healing krisis ke?
Sebelum tu, kenali dulu apa dia daun yang digembar-gemburkan ni?
MIRACLE LEAF, DAUN HEBAT UNTUK ORANG PEREMPUAN
Daun hitam ni namanya daun harimau beranak. Sejenis daun herba hutan. Asalnya berwarna hijau tapi bila dikeringkan ia bertukar warna hitam.
![]() |
| DHB dalam proses dikeringkan |
KENAPA NAMA DIA DAUN HARIMAU BERANAK?
Pernah tengok kucing sakit makan sejenis rumput bila sakit? Sama juga, harimau akan makan daun harimau beranak selepas melahirkan anak. Daun khas, warna daun kering pun hitam seperti arang. Daun hutan, memang banyak khasiat yang belum diketahui.Daun hutan yang bernama daun harimau beranak ni susah betul nak dapat. Kalau dapat pun, cuma 2-3 kali saja setahun. Pernah saya dapat stok hanya sekali saja untuk sepanjang tahun tu. Rasanya tahun 2020 dan 2021 dulu.
Kata abang waktu tu susah betul nak cari dalam hutan. Pernah juga dia nyaris terpijak sarang ular tedung yang betul-betul berada di sebelah pokok daun harimau beranak ni. 😬
Dan daun ni mesti mak akan sentiasa simpan sebagai kecemasan.
![]() |
| Daun Harimau Beranak (DHB) yang baru dipetik |
Daun harimau untuk apa?
1. Daun ni lah yang bagi saya sangat mak-mak perlukan untuk berpantang. Cukup daun ini saja tanpa perlu tambahan jamu atau ubat periuk.
In Shaa Allah 7 hari pertama minum air daun ni lepas bersalin, mak-mak akan kembali cergas. Boleh dah nak buat kerja rumah yang ringan-ringan. Bersalin c-sect ke normal ke, boleh je minum sejak hari pertama bersalin. Don’t worry okeh.
Badan yang kembang pun cepat je susut. Kalau bentan atau bengkak susu, cepat je pulih semula.
Sebab tu ada isteri cerita yang suaminya tegur pantang kali ni isterinya nampak lebih cergas dan sihat berbanding pantang sebelumnya. 🥰
2. Kalau rasa peranakan lain macam, berat semacam, sering rasa sakit seperti ada urat tertarik, amalkan minum air daun ni selama seminggu dan cuba lihat perubahan.
Ada yang berkongsi cerita peranakannya rasa lebih kemas dan hilang sudah rasa berat dan sakit yang ditanggung.
3. Jika anda ada masalah rahim jatuh atau keluar tombong, cuba amalkan selama sebulan. Rahim jatuh ni antara masalah yang paling wanita takuti. Apatah lagi keluar tombong kerana sakitnya tak terperi. Bukan saja emosi terganggu, nak bergerak ke sana ke mari pun susah.
Tapi ada yang kongsi berita gembira tombongnya makin kecut dan dah masuk ke dalam. Sepatutnya perlu pakai ring tapi next appointment doktor kata tak perlu dah. Alhamdulillah. 🥹
4. Jika tanya saya siapa yang patut minum air daun harimau beranak ni, haa saya nak sarankan,
- Mak-mak yang baru bersalin.
- Wanita yang ada masalah rahim jatuh.
- Mak-mak yang masih rasa tak sedap badan dan peranakan selepas habis pantang.
- Makcik pakcik yang selalu rasa sejuk-sejuk badan dan kebas-kebas di jari.
- Orang yang ada masalah buasir dan sembelit.
Kadang-kadang kita tersalah makan sampai angin dan sakit urat teruk, haaa minum segelas dua in Shaa Allah pulihlah dia.
Daun ni bagus diminum sejurus lepas bersalin. Jadi bila dah simpan awal, takdelah kalut baru nak cari bila tiba-tiba terberanak awal. In Shaa Allah bila minum selama 7 hari berturut, cepat je badan mak-mak pulih.
Boleh buat kerja-kerja ringan, badan pun tak kembang gelebeh lagi, darah pun elok lancar dan tak berbau busuk, proses membuang di toilet tak menyakitkan dan yang penting, susu mak jadi lebih lancar. Kalau terbentan, haa minum air ni cepat je pulih semula. 🥰
Yang ada buasir pun elok kecut je buasir dia. Dah takde momen menyeramkan di toilet bila tengok darah menitis-nitis keluar waktu membuang.
Kalau ada sakit urat, rasa sejuk-sejuk badan, segelas dua air daun sehari in Shaa Allah boleh kurangkan simptom dialami. Musim hujan ni, mak dan ayah kita mudah kena demam urat walaupun hanya tertimpa tempias hujan.
Dan kita sebagai wanita ni, makin berusia, makin lemah otot faraj dia. Jadi risiko keluar tombong tu ada jika tak dijaga dari awal. Tapi jika ada keluar tombong, bolehlah ikhtiar dengan air daun harimau beranak. In Shaa Allah boleh pulih walaupun mengambil masa.
6. Wanita yang sering alami darah istihadhah, cuba amalkan daun harimau beranak. Ramai yang bagi feedback darah istihadhahnya dah berhenti selepas amalkan untuk beberapa minggu.
Nak sediakan pun mudah je. Hanya perlu rebus dalam 1.5 liter air, kemudian boleh minum untuk 3 hari. Daun yang dah guna tu pun boleh guna semula tau sampai dah tak jadi warna teh dah. Jadi jimat sangat. 🥰
Teringat kisah beberapa tahun lalu.
Ada seorang makcik wasap saya waktu malam dan minta bantuan untuk herba ni dihantar segera. Buntu juga saya waktu tu. Yelah kalau pos pun ambik masa 2-3 hari juga nak sampai.
Jadi saya pun tanya, kenapa nak segera. Macam ada hal kecemasan je. Rupanya anak perempuan dia yang dalam pantang sedang bentan teruk hingga menggigil-gigil.
Ya Allah. Terus rasa ngilu.
Sebab saya faham keadaan dan kesakitan yang sedang anak dia lalui. Dan bentan ni bukan boleh buat lewa. Silap-silap boleh tumpah darah dan masuk hospital.
Jem sekejap macamana nak tolong makcik ni supaya dapat hantar daun dengan segera. Dah lewat malam pulak tu, manalah nak cari tukang urut kan.
Tiba-tiba husband kata takpelah kita hantar je kat makcik ni memandangkan ni hal kecemasan. Punyalah suka makcik ni bila tahu saya dan husband nak hantar sendiri ke rumah dia. Alhamdulillah.
Dari Taman Melawati ke Bandar Kajang ada la dalam 40 minit. Syukur daun berjaya dihantar. Allah permudahkan urusan malam tu.
Dan saya ingat lagi, makcik ni bagi buah rambutan yang sangat manis sebagai tanda terima kasih. Sejak tu juga makcik ni suruh saya panggil dia mak yong. Rasa lebih mesra. 🥰
Dalam masa sejam mak yong wasap semula. Katanya anak dia dah kebah dan dah tak menggigil. Bengkak susu pun dah surut. Alhamdulillah. Ini antara memori daun harimau beranak yang paling saya tak boleh lupa.
Siapa yang dah biasa minum, pasti tahu khasiat khazanah hutan ni bagaimana.
Yang pasti, ramai berjaya merawat dan mengurangkan masalah tombong, bentan, buasir dan sakit urat dengan daun ni. 😍
Kenapa daun ni perlu sangat disimpan untuk kecemasan.
Yang penting, daun ni boleh jadi pengganti jamu dan ubat periuk waktu dalam pantang. Lepas bersalin, boleh terus minum.
In Shaa Allah dalam 7 hari je badan cergas, dah tak bengkak air, dan boleh buat kerja-kerja ringan.
BOLEH KE ORANG BELUM KAHWIN MINUM?
Boleh. Ini hanyalah daun hutan yang dah dikeringkan . Air rasa seperti teh herba kosong. Tidak dicampur apa-apa pun. Hanya rebus dan minum 2 kali sehari. Daun ni lah yang digunakan bidan-bidan lama untuk ibu baru bersalin.Ada yang tanya, berapa lama daun harimau beranak boleh disimpan?
Percaya tak ada daun yang dah pun berusia 4 tahun dalam simpanan Fiona? Sikit pun tak rosak. Sikit pun tak naik kulat. Sikit pun tak digigit serangga. Kenapa? Sebab dia dah dikeringkan dan disimpan dalam bekas bertutup. Asalkan kita simpan daun yang kering, dalam bekas bertutup, dan pastikan tiada serangga dalam bekas, haa in Shaa Allah 5 tahun pun tak rosak tau. 😘 Okey masuk part healing crisis. Bila kita amalkan remedi alami seperti daun herba, akar kayu, ginseng semuanya akan ada kesan healing. Tu menandakan badan kita sedang melakukan proses reverse kesihatan.Setiap orang, healing crisisnya berbeza, selepas minum air rebusan Daun Harimau Beranak (DHB).
Ada yang tiba-tiba mengantuk sangat.
Ada yang tiba-tiba sakit tumit kaki mencucuk-cucuk.
Ada yang tiba-tiba peranakan dia rasa sakit macam rengat.
Ada yang tiba-tiba demam seram sejuk macam bentan.
Ada yang tiba-tiba sakit tak terperi kat tempat yang dia sakit selama ni.
Ada yang tiba-tiba keluar banyak keputihan hasil dari masalah perempuan yang dialami selama ni.
Ada yang asyik buang angin atas bawah dan buang air berkali-kali dalam sehari.
TAPI TEMPOH HEALING CRISISNYA BERBEZA-BEZA.
.
.
Ada yang 3 hari saja dah rasa berbeza sungguh kondisi badan sebelum dan selepas.
.
Ada yang 7 hari sakit lututnya hilang.
.
Ada yang hilang sakit uratnya.
.
Ada yang hilang migrainnya.
.
Ada yang rasa ringan sangat badannya selepas bertahun-tahun badan kembang, banyak angin dan rahim bengkak.
.
Ada yang selepas minum pergi berurut dah tak sakit peranakannya kerana rahim dah kecut elok, tinggal sengkak dan naikkan semula ke tempat asal saja.
.
.
Saya gembira dapat bantu anda semua.
.
Pelbagai feedback positif yang saya terima, ada yang sulit dan ada yang umum.
.
Selama ni daun hanya untuk kegunaan keluarga saja.
.
Tak pernah terfikir untuk buat jualan terbuka. Daun yang anda beli, adalah daun dalam bentuk asal, yang sudahpun dikeringkan, berwarna hitam.
.
.
Bukan diproses dalam bentuk kapsul, jamu, makjun atau apa saja, dan bukan dicampur. Daun ini saja dah mempunyai khasiat tersendiri tanpa perlu dicampur apa-apa.
.
Hitam daun bukan sebarang hitam. Hitam daun penuh khasiat..
Yang memberi kesembuhan adalah Allah. Yang membuatkan daun harimau beranak mujarab juga adalah Allah..
Nasihat saya, sambil sambil #berdhb, sambil #bertungku juga.
.
Minum rebusan daun harimau beranak ni untuk betulkan hormon dan kondisi badan, dan bertungku sebagai pelengkap.
Untuk yang mencari daun harimau beranak. Boleh dapatkan daripada team kak Mastura Rashid




Comments
Post a Comment