Penghasilan Minyak Habbatussauda Perahan Sejuk
Kami memilih Habbatussauda Gred A1 HABASYI yang diimport dari Habsyah Ethiopia kerana ianya Habbatus Sauda berkualiti tinggi dan disebut sebagai "Habachia Extra Virgin Black Cumin" (Habbatussauda kualiti Gred A1 Habachia). Berdasarkan banyak analisa makmal membuktikan jumlah timoquinone Habasyi paling tinggi di dunia iaitu mencecah 5%, diikuti Suriy, Balady, Hindi, dan paling rendah adalah Turki.
Untuk mendapatkan 100% zat penuh minyak habbatussauda ianya diekstrak secara first cold pressed yakni tanpa pemanasan.
Bukan perahan panas ye tuan-tuan. Perahan sejuk ni kalau kita letak termometer dekat minyak yang baru keluar tu, suhu dia bawah 40 darjah celcius je. Kalau perahan panas, suhu nya diatas 70 darjah dan mesin pun berasap-asap.
Kalau masuk bilik ni, mata kita pedih sebab aroma minyak volatile yang tajam. Bau biji nya saja sudah semerbak. Warna perahan pertama nya keemasan kemudian menggelap dengan sendirinya (disebut: self pigmentation).
![]() |
| Hasil perahan minyak habbatussauda |
Jadi wajarlah Habbatussauda Habasyi ini mendapat permintaan tinggi di Eropah dan seluruh dunia.
Mana yang dah cuba Habasyi99 dan edisi kapsul Habasyi88, In shaa Allah akan tahu bezakan.
Harga terjangkau sebab kita press sendiri. Jelas sanadnya. Nampak mana biji, mana minyak. 100% tanpa campuran minyak zaitun atau minyak Habbatussauda dari India.
![]() |
| Kapsul Minyak Habbatussauda Mudah Larut |
Jadi Kenapa Perlu Pilih Habasyi88/99?
๐ Dipantau oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
๐ Digunapakai oleh Institut Kanser Putrajaya untuk kajian atas pesakit kanser (paliative care) setelah mendapati kandungan flavanoid (zat penuh habbatussauda) pada Habasyi 99 GOLD mencapai peratus tertinggi, 98%.
๐ Terjual lebih 50 000 botol dalam masa setahun pertama dilancarkan.
๐ Memberikan reaksi cepat, metabolisme meningkat, badan jadi berpeluh dan sendawa segar. (Rasa pedas bercampur pahit kerana tinggi kadar flavanoid aktif).
๐ Mudah didapatkan di seluruh Malaysia dan DIEDARKAN ke Singapura, Sumatera Indonesia, Abu Dhabi dan pernah masuk ke Amman Jordan.
๐ Lengkap dengan sijil "certificate of analysis" dari negara pengeluar.
✅ Didatangkan dalam bentuk kapsul mudah larut, botol spray 60 ml, 300 ml dan juga 120 ml (REFILL.)
✅ Tiada campuran bahan kimia.
✅ Selamat untuk semua termasuk baby dalam pantang. (Sesuai untuk dijadikan peralatan "first aid".)
๐ Sangat sesuai untuk mengatasi masalah:
1) Selsema, Batuk & Batuk berkahak
2) Lendir dalam saluran pernafasan, Asthma/bronchiolitis
3) Sakit tekak
4) Cirit birit
MANFAAT HABBATUS SAUDA
Ibn al-Qayyim menyebutkan bahawa habbatussauda’ sangat bermanfaat untuk merawat penyakit-penyakit yang bersifat sejuk. Selain itu, ia juga boleh merawat penyakit yang bersifat panas lagi kering disebabkan faktor tertentu.
1. Antibiotik semulajadi, antikulat, dan antiradang
2. Membantu mencegah dan merencat perkembangan sel kanser di dalam tubuh, kerana ia mengandungi kandungan thymoquinone dan juga thymohydroquinone yang merupakan salah satu kandungan antikanser.
3. Dapat membantu melancarkan buang angin, ini kerana bahan aktif di dalam Habbatussauda dapat bersifat karminatif.
4. Mengandungi zat "Quercetin" yang diyakini mampu merencat pembentukan virus
5. Dapat mengatasi sakit perut serta cirit birit
6. Mengatasi gangguan pencernaan
7. Meningkatkan daya tahan tubuh
8. Membantu melancarkan air susu ibu
9. Sebagai ikhtiar membantu mendapatkan zuriat
10. Meredakan batuk
11. Kaya antioksidan
12. Membantu menstabilkan kadar gula dan kolestrol
Jadi bila rasa tak sedap badan cepat-cepat ambik minyak habbatussauda habasyi88. In Shaa Allah kesan yang lebih cepat dengan dos yang betul. Sebab habbatussauda bertindak sebagai anti virus yang bantu melawan jangkitan sebelum ia menjadi serius.
Baru tau makan habatussauda secara konsisten setiap hari dengan dos yang betul dapat bantu kecutkan rahim jugak. Jadinya bagi sesiapa yang tak tahan makan jamu macam hakak ni ๐ ๐ ๐ , elok la amalkan habatussauda terutamanya bagi yang baru bersalin. Ye la ada situasi tak tahan minum akar kayu. Ada juga tak boleh ambil jamu disebabkan anak kuning (jaundis), jadinya sangat digalakkan ambil habbatussauda ni di samping ianya dapat membantu melancarkan penghasilan susu ibu.
Saya sendiri prefer makanan habbatussauda waktu kena cirit birit, batuk, selsema. Bila kita menggunakan perawatan secara alami ianya akan merawat daripada akar penyakit biiznillah bukan sekadar menutup simptom je. Jadi kesannya pasti la berbeza kan.
Maka pilihlah rawatan yang mengikut fitrah. In Shaa Allah pasti ada barakahnya.
.



Comments
Post a Comment