Selain tak jaga pemakanan, tak jaga pola tidur pun boleh menyebabkan penyakit serius.
Bila baca, baca dan baca pasal kepentingan tidur awal dan pentingnya untuk dapatkan tidur yang cukup ni, rasa insaf pula tak nak tidur lewat dah lepas ni.
Makin takut bila baca akibat atau komplikasi bila kita tak cukup tidur antaranya muka cepat berkedut, nyanyuk di usia muda, pelupa, kematian mengejut, obesiti, kanser dan sebagainya.
Selama ni kita lebih pentingkan jaga makan...tapi abaikan jaga tidur.
sumber:
1) https://ikhrah.com/kesan-buruk-tidur-lewat/
2) https://harianpost.my/tidur-lewat-punca-penyakit-bahaya/
3) https://bm.syok.my/info/kesan-buruk-jika-sering-tidur-lewat
Kadang kita dah plan nak tidur awal. lepas isyak dah siap baca Al Mulk dan dah masuk bilik untuk tidur. So boleh la planning cara kita minum air. Make sure sebelum pukul 9 tu dah stop la minum air.
Satu kajian terkini menunjukkan bahawa hanya tiga malam tidur terhad kepada kira-kira 4 jam 15 minit telah meningkatkan paras protein keradangan dalam darah ini termasuk protein yang dikaitkan dengan risiko kegagalan jantung, penyakit arteri koronari, dan fibrilasi atrium
Hasil kajian ini penting kerana ianya dijalankan ke atas lelaki muda dan sihat, menunjukkan bahawa kesan negatif terhadap jantung berlaku dalam masa yang singkat .
Kurang tidur boleh meningkatkan hormon stres, mengganggu paras gula dalam darah, dan menyebabkan gangguan selera makan.
Tak cukup tidur = Tak cukup perlindungan.
Jangan tunggu sakit baru nak cukupkan tidur. Tubuh kita perlukan malam ini, bukan esok.
Comments
Post a Comment