Skip to main content

Rezeki Setiap Makhluk Allah Dah Jamin

Manusia sering tidak menyedari bahawa limpahan kurnia dari Allah selalu mengalir dalam setiap keadaan. Tanpa kita minta, kurnia  Allah datang setiap hari, setiap saat, setiap waktu yang tak mampu kita rincikannya kerana kelemahan kita selaku manusia. Bahkan, seluruh makhluk tanpa terkecuali mendapatkan kurnia-Nya.

Kita sedang sihat atau sedang sakit, sedang maksiat atau sedang taat, kurnia Allah tetap terlimpah kepada kita. Kita sedang tidur atau terjaga, kurnia Allah tidak pernah berhenti mengalir kepada kita. Kita sedang lockdown atau bebas, sungguh Allah swt melimpahkan kurnia-Nya yang tiada terhingga kepada kita dalam setiap keadaan.

Allah Ta'ala berfirman: "𝘋𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘣𝘪𝘯𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘵𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘥𝘪 𝘣𝘶𝘮𝘪 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘳𝘦𝘻𝘦𝘬𝘪𝘯𝘺𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘋𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘪𝘢𝘮 𝘣𝘪𝘯𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘪𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘚𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘵𝘶𝘭𝘪𝘴 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘒𝘪𝘵𝘢𝘣 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢 (𝘓𝘢𝘶𝘩 𝘔𝘢𝘩𝘧𝘶𝘻𝘩)".

Surah Hud [11]: 6


Saya recommend kelas ni untuk kita sama² belajar erti rezeki yang sebenar agar setiap tindakan kita especially dalam mencari rezeki iti berlandaskan panduan Al Quran in Shaa Allah. 

P/s: Seminar yang sempat saya attend bulan lepas. الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ.

Daripada seminar ni slowly buka minda...

Apa takrifan rezeki yang sebenar? 

🤔 Fahami apa itu rezeki mengikut Al Quran
👉 Bila dah faham tentang rezeki in shaa Allah dah tak risau pasal rezeki sebab dah faham ianya Allah dah jamin. 

🤔 Tapi apakah tak perlu usaha? 
👉Perlu sebab ianya sunnatullah. Cumanya bukanlah usaha kita yang menentukan rezeki kita. Cumanya dalam usaha tu pastilah ada kejayaan. So tugas kita sebagai hamba buatlah sehabis baik. 

🤔 Usaha macam mana tu? 
👉 Tetap la perlu usaha mencari rezeki tapi tak perlu nak pulun cari rezeki macam takde hari esok sampai mengabaikan family, takde masa nak belajar agama sebab tugas kita sebagai manusia adalah untuk beribadat kepada Allah (memang kerja pun ibadah tapi ada hak² sesama manusia, hak dengan Al Quran, hak Allah yang perlu kita tunaikan) 

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

"Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu."
(QS Dzaariyaat 51:Ayat 56-57) 

✅ Dan paling utama belajar agama dan sampai kan ilmu ajak orang kepada perkara² amal makruf nahi mungkar. Supaya semua manusia menjadi hambaNya yang bertaqwa. 

🤔 Tapi dunia hari ni mencabar. Nak keje sekadarnya komitmen banyak...so kena buat 2-3 keje. Nak kena bayar itu ini macam mana nak saving apatah nak sedekah. Lagi² nak pegi buat haji, umrah (teringat kisah pakcik yg jual bakso dari negeri seberang... Siapa pernah baca?) 

👉 Belajar la guideline yang Allah dah bagi dalam Quran. Macam mana nak jemput rezeki. Nak jemput rezeki kena dapat redha Allah. So nak dapat redha Allah kena buat apa yang Allah suka. 
👉 Ada beberapa usaha yg kita boleh buat ikut al quran. (Ada beberapa point yang saya dapat melalui pembacaan, tontonan ceramah² ustadz² di YouTube dan juga melalui seminar) 
👉 Belajar lah berdoa ikut doa² yang ada dlm hadith & quran
👉 Belajar juga ilmu dunia contoh ilmu macam mana nak saving, ilmu macam mana nak selesaikan hutang...mcm mana nak invest supaya duit tu boleh beranak supaya ada masa untuk belajar agama, faham agama dan yang paling utama menyeru kepada kebaikan, amal makruf nahi mungkar.

🤔 Eh cari duit bebanyak nanti lupa diri, tak zuhud. 
👉 Bila mana dah belajar apa guideline yang Allah dah bagi dalam Al Quran, pastinya kita akan lebih berhati² dalam membelanjakan rezeki yang kita dapat... Adakah nak bermegah² ataupun sekadar apa yang perlu je. Bila ambil sekadar yang diperlukan itu barulah namanya zuhud. 
👉 Dan perlu ingat dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. 

"Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);"
(QS. Al-Ma'arij 70: Ayat 25)

Definisi rezeki yang umum orang nampak duit, harta benda. Walhal luas sangat rezeki ni. Nikmat ilmu, nikmat kesihatan dll. MasyaAllah tak terhitung limpahan nikmat rezeki yang Allah kurniakan kepada setiap makhluknya. 

Disebabkan ketakutan² yang syaitan timbulkan buatkan manusia risau pada perkara yang tak perlu. 

Perhatikan ayat ni;

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." (QS Al Baqarah 2: Ayat 268) 

Bila mana manusia faham SOP rezeki in Shaa Allah lebih mudah. Anak² pun tak terabai in Shaa Allah. 

Akhir pesanan ; nak buat apa² kena ada ilmu... Dengan ilmu menjadi kefahaman. Bila dah faham in Shaa Allah akan ada tindakan.

Comments

Popular posts from this blog

Madu Quad Madu Tualang Asli

MADU TUALANG adalah Madu yang diambil dari Pokok Tualang, dihasilkan oleh lebah "Apis Dorsata" atau dikenali "Lebah Gergasi". Habitat lebah ini ialah bersarang di tempat yang tinggi. Lebah Tualang adalah spesis lebah madu terbaik, liar, dan terbesar dunia yang hanya hidup di kawasan hutan hujan Khatulistiwa. Sifat "Apis Dorsata" sangat Agresif dan sengatannya boleh membawa maut. Lokasi mendapatkan Madu Tualang adalah di dalam hutan tebal bukit bukau dan gunung ganang. Kajian ke atas lebah Tualang mendapati terdapat spesies bakteria baik (probiotik) lactobacilli yang sangat tinggi! Lactobacillus spp (64.15%), diikuti oleh Lactobacillus kunkeei (34.85%).  Madu TUALANG QUAD DITUAI dari koloni sarang lebah liar Apis Dorsata di kawasan Hutan HUJAN TROPIKA Alam Melayu. KENAPA PERLU PILIH MADU TUALANG QUAD 🍯 100% DIJAMIN ASLI, MENTAH, TANPA CAMPURAN, BERSIH, KUALITI SEJUTA BUNGA. 🍯 Keluaran Bumiputera & Muslim...

Kenali Nabi Dengan Menelusuri Cara Hidup Nabi

Sirah tu adalah perjalanan kehidupan Nabi ﷺ Al Quran lebih kepada modul yang lengkap dengan teori & kaedah. Tapi cara perlaksanaan ramai yang tak faham, jadi pentingnya kita belajar sirah Nabi, sebab sirah Nabi adalah apa gambaran, bagaimana cara kita nak melaksanakan perintah Allah yang terkandung dalam Al Quran.  Sirah Nabi apabila ditanya kepada Aishah Radhiallahuanha, bagaimana akhlak Nabi... maka, Aishah menjawab "akhlak Nabi adalah Al Quran." Mari kita tengok riwayat mencatatkan ;  : فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ كَانَ القُرآنَ . “Sesungguhnya akhlak Nabi ﷺitu adalah al-Quran.” (HR Muslim) Jadi, kalau tak belajar sirah Nabi, kita tak akan faham Al Quran.  Antara poin² penting kenapa kena belajar sirah Nabawi adalah : 1) untuk belajar hidup Nabi  ﷺ yang sahih supaya kita tak terikut cerita² yang palsu, yang tak sahih 2) mengikut sunnah Nabi  ﷺ ; cara hidup Nabi  ﷺ  & akhlak Nabi  ﷺ (bag...

Concentrate Mineral Drop | Trace Mineral Drop | CMD

CMD adalah 1 pati mineral asli semulajadi yang mengandungi 72 jenis mineral bagi mengimbangi pH badan yang mana patinya diekstrak dari tasik pergunungan  Great Salt Lake, Utah . Tahukah anda?! UMN menggunakan teknologi penyejatan suria ( sinaran matahari musim panas semulajadi) untuk memekatkan air tasik sambil mengeluarkan 99% natrium (garam) sehingga memenuhi standard kualiti UMN tau!! Iaitu gabungan semua MINERAL TRACE IONIK , menjadikannya ia salah 1 pemakanan mineral yang lengkap secara SEMULAJADI di PASARAN. CMD mengandungi lebih 70 jenis mineral yang penting untuk meningkatkan fungsi badan secara menyeluruh, penyerapan nutrien , penghadaman dan juga urat saraf . Walaupun dalam CMD ada pelbagai jenis mineral, tapi paling best adalah CMD tidak menidakkan keperluan magnesium yang lebih daripada mineral lain. Sebab tu mineral yang tinggi dalam CMD ialah Magnesium iaitu sebanyak 38%. Dan magnesium  penting kerana ia terlibat dalam lebih 300 tindak balas enzim dalam b...