Cara Terapi Natural dan Islami Hindari Sakit belakang /Slip disc / Spinal stenosis / Lower backpain?

Masalah slip disc atau spinal stenosis, misalnya, penyempitan kanal dalam tulang belakang yang berisi saraf tunjang, menyebabkan saraf pada tulang belakang sebelah bawah tertekan dan membuat pesakit merasa sakit. Atau dalam kes lain, yang menjadi sumber masalah adalah berubah bentuk cakram antara-ruas tulang belakang. Wallahuaalam.
Jaga Kesihatan Tulang Belakang Anda
Sakit belakang sering dapat disembuhkan dengan mudah tanpa pembedahan atau ubat-ubatan. Sejatinya, 60 peratus pesakit tulang belakang akut dapat bekerja kembali dalam waktu seminggu, dan 90 peratus penderita dapat bekerja kembali setelah enam minggu. Berikut adalah petunjuk mencegah dan mengatasi sakit tulang belakang:
1. Lakukan peregangan setiap pagi. Mulailah hari-hari dengan melakukan peregangan sewaktu masih berada di tempat tidur.
Ingat bahawa Anda telah berbaring lemah selama 8 jam, maka jika Anda tiba-tiba bangun berdiri, Anda dapat mengalami kecederaan di bahagian belakang. Sebelum bangun, pelan-pelan regangkan lengan Anda ke atas kepala, kemudian tarik lutut Anda ke arah dada secara bergantian. Apabila Anda mau duduk, miringkanlah badan Anda ke sebelah tempat tidur dan gunakan lengan Anda untuk membantu mengangkat tubuh Anda. Setelah berdiri letakkan tangan Anda pada pinggul lalu pekan-pelan condongkan tubuh ke belakang untuk meregangkan tulang belakang.
2. Sempatkan diri berjalan-jalan.
Berjalan-jalan dapat menjaga kesihatan tulang belakang dengan cara membuat seluruh tubuh tetap segar. Aktiviti ini memperkuat otot-otot yang berfungsi membentuk pinggul, kaki, belakang, dan perut. Berjalan-jalan yang agak cepat juga membantu tubuh mengeluarkan endorfin, hormon yang berfungsi meredakan sakit. Berenang, berbasikal, dan berlari juga baik.
3. Rehatkan tulang belakang Anda.
Duduk memberikan tekanan lebih banyak pada tulang belakang daripada berdiri: Apabila Anda harus duduk di meja Anda untuk waktu yang lama atau Anda harus menempuh perjalanan jauh dengan kapal terbang, kereta api, atau kereta, sering-seringlah mengubah posisi duduk dan memberi tulang belakang Anda kesempatan beristirahat dengan berdiri dan berjalan-jalan kira-kira setiap satu jam sekali.
4. Berlutut, jangan membongkok.
Hindari membongkok setinggi pinggang ketika mengambil sesuatu. Itu menciptakan ketegangan pada tulang belakang dan memperbesar resiko kecederaan. Sebagai ganti, gunakan alat pemegang yang panjang dan berlutut menggunakan semacam bantal atau pelindung lutut ketika Anda berkebun atau melakukan kegiatan-kegiatan dengan tinggi kurang dari paras lutut.
5. Gunakan kaki untuk bekerja.
Bila sedang angkat sesuatu-entah beratnya 3 kilogram atau 25 kilogram-bercangkunglah, usahakan agar tuang belakang tetap tegak kemudian angkat beban itu menggunakan tenaga kaki. Sesuaikan beban yang akan kita angkat. Jangan dipaksakan
6. Berdiri atau duduk tegak.
Mempertahankan posisi tubuh yang benar adalah cara terbaik untuk mencegah sakit tulang belakang. Untuk memperbaiki posisi tubuh Anda, cubalah yang berikut ini. Berdiri rapat pada dinding atau duduk di kerusi makan, pastikan bahu dan pinggul Anda menyentuh dinding atau sandaran kerusi. Selipkan lengan Anda ke ruang antara tulang belakang sebelah bawah dan dinding atau sandaran kerusi. Apabila masih ada bahagian di mana tangan Anda tidak bersentuhan baik dengan tulang belakang maupun dinding atau sandaran kerusi, angkat pinggul Anda sehingga ruang berlebih itu hilang. Pertahankan posisi itu sekitar hitungan 1-20 sambil memandang ke cermin untuk melihat posisi tubuh Anda sendiri. Pertahankan posisi tubuh seperti itu sampai petang. Kerjakan latihan ini setiap hari selama tiga minggu sampai posisi tubuh yang benar itu menjadi kebiasaan.
7. Periksa katil tempat kita tidur
Katil harus menyediakan tahanan yang benar, rata, dan tidak kendur. Jadi kalau Anda rasa seperti tidur di tengah roti yang tengahnya sudah dipenyek, bererti Anda memerlukan sebuah katil baru, kata Dr. Sasso.
Sebuah katil kehilangan sebahagian besar daya tahannya setelah dipakai cukup lama. Sebuah katil lebih kurang sama dengan sepasang kasut. Mula-mula sesuai dan selesa dipakai, tetapi tidak bererti akan selamanya demikian.
8. Pasang semacam bantal untuk tulang belakang bahagian bawah.
Bantal dari getah span berbentuk bundar yang dapat dibeli di farmasi atau kedai alat medik dapat menolong kita mempertahankan lengkung yang alamiah pada tulang belakang bahagian bawah dan mencegah sakit pada bahagian itu. Setiap kali duduk, pasang bantal itu di antara kerusi dan belakang bagian bawah Anda.
9. Pilih pakaian yang benar.
Mengenakan seluar ketat dapat menghalangi diri menggunakan biomekanik yang tepat seperti menekan lutut, terutama ketika sedang mengangkat suatu benda, kata Dr. White. Cubalah mengenakan pakaian yang agak longgar selama sebulan.
10. Tinggalkan tembakau.
Merokok mengurangi aliran darah ke dada bahagian belakang dan dapat memperlemah cakram antara ruas, kata Dr. Bensman. Jika merokok, berhentilah.
11. Sejukkan dengan ais dan amalkan habbatussauda
Tampalkan ais ke bahagian tulang belakang yang sakit sesegera mungkin untuk meredakan sakit dan pembengkakan, kata Dr. Bensman. Bungkus sebuah plastik ais dengan sarung bantal atau tuala (jangan pernah tampal ais secara langsung pada kulit) kemudian tampalkan pada bahagian yang terasa sakit selama sepuluh minit setiap jam sampai rasa sakit reda. Amalkan herba habbatussauda yang memiliki kesan pereda rasa sakit dan antiradang semula jadi. Pada saat sakit, 3 – 5 kapsul dan dos pencegahan di waktu sakit berkurangan.
12. Hangatkan.
Setelah pembengkakan berjaya anda atasi dengan ais, biasanya dalam waktu kira-kira 48 jam Anda dapat mula menggunakan panas. Panas meningkatkan aliran darah ke bahagian yang cedera, merihatkan jaringan dan dapat memudahkan Anda bergerak. Tampalkan kain yang hangat dengan suhu lebih kurang sama dengan suhu kulit pada kulit tulang belakang Anda selama 5 hingga 10 minit setiap jam, atau mandi air suam-suam kuku baik air pancut atau tab mandi. Boleh juga sediakan ubat tahan sakit.
Menelan satu atau dua tablet aspirin atau ibuprofen setiap empat hingga enam jam dapat meredakan rasa sakit dan mengurangi pembengkakan, kata Dr. Bensman. Namun jangan melebihi dos yang disarankan oleh kilang dan diambil ketika dirasakan benar-benar perlu sahaja atas nasihat doktor yang merawat.
13. Angkat kaki Anda.
Bila sakit tulang belakang yang menyerang masih ringan, berbaringlah di lantai kemudian angkat kaki ke atas kerusi sehingga paha Anda membentuk sudut 90 darjah dengan pinggul dan betis terletak di atas kerusi dengan sudut 90 darjah terhadap paha. Posisi ini menjadikan otot-otot penting pada tulang belakang menjadi selesa dan ianya posisi yang paling tidak membebani tulang belakang kita.
14. Terus bergerak.
Walaupun dahulu doktor pernah menganjurkan rehat panjang di tempat tidur, sekarang mereka percaya bahawa pemulihan berlaku semakin cepat bila diri kita semakin aktif. Sesungguhnya, istirahat di tempat tidur selama dua minggu melemahkan otot-otot dan tulang belakang malah memperlambat proses penyembuhan, selain membuat diri kita akan lebih mudah menderita sakit yang sama. Maka jangan berbaring di tempat tidur lebih dari dua hari, usahakan bangun sekurangnya satu jam sekali untuk berjalan-jalan atau melakukan peregangan.
15. Rawatan Alternatif- Kiropraktik
Kiropraktor telah mendapatkan pengakuan oleh kalangan ahli perubatan. Sebuah analisis atas 25 penyelidikan terhadap manipulasi tulang belakang dalam terapi kiropraktik menemukan bahawa manipulasi yang mereka lakukan mampu menghasilkan penyembuhan beberapa lama pada sakit tulang belakang akut yang tanpa komplikasi. Pada umumnya seorang kiropraktor berulang-ulang memijit bahagian tulang belakang yang sakit menggunakan pangkal telapak tangannya. Mintalah kepada doktor untuk merujuk Anda ke kiropraktor terdekat di daerah Anda.
16. Lakukan terapi yang sangat-sangat efektif iaitu selain Kiropraksi anda juga boleh ikhtiar melakukan Bekam setiap bulan, ditambah Accupressure, Accupuncture dan Refleksi.
Elakkan dulu makanan yang dapat menimbulkan pengumpulan asid laktat dan Piruvat, seperti kacang, hati, tinggi akan lemak, santan, berminyak dan berhijau daun tinggi (daun bayam, kangkung, ubi, pepaya, dll).
Selamat mencuba, semoga kualiti hidup anda menjadi lebih baik dan sempurna. Dan dapat terus melakukan ibadah tanpa mengenal lelah.
-----------------------------------
Kumpulan artikel perubatan As Syifa Health
Comments
Post a Comment